Monday, August 10, 2009

Persekitaran SKTTA 2 Sempena PPDa

Sempena dengan Program Pencegahan Dadah, SKTTA2 telah menwujudkan beberapa sudut untuk tatapan warga SKKTA2.















Taburan Penagih di Negeri di Malaysia

Carta ini menunjukkan taburan penagih bagi 14 buah negeri di Malaysia.



Sunday, August 9, 2009

Jenis-Jenis Dadah.....

Dadah boleh dikelaskan seperti berikut:

  • OPIAT : heroin, morfin,candu mentah, candu masak dan kodeina
  • KANABIS : ganja dan hasyis
  • PENEKAN : bahan sedatif - hipnotik (jenis barbiturat dan bukan barbiturat) dan trankuilizer
  • PERANGSANG: jenis amfetamin dan kokain
  • HALUSINOGEN: LSD, meskalina dan psilosibina

Dadah???

Apakah itu dadah?

Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan.

Pelbagai dadah dikenali sebagai heroin, morfin, dan ganja pada hakikatnya merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan. Tembakau dan arak juga merupakan dadah dan pengambilan yang berlebihan mendatangkan kesan yang mudarat.

Dadah adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif. Mengikut penilaian United Nations International Drug Control Program, dalam tahun 1993 sahaja, sebanyak 24 023 orang penagih dadah telah dikenal pasti di Malaysia. Daripada bilangan ini 59.3% adalah penagih yang menagih semula manakala sebanyak 10 216 orang telah ditangkap kerana kesalahan bersabit dadah. Masalah dadah sebenarnya adalah masalah sejagat. Laporan menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat.


Penggunaan Dadah
Penggunaan dadah adalah kemasukan dadah ke dalam tubuh badan dengan apa cara sekalipun (makan, telan, minum, hisap atau suntikan).

Kerjasama Warga SKTTA 2 Membuat Persiapan

Pada hari Sabtu, 8 Ogos 2009 telah diadakan satu gotong-royong membuat persiapan sudut-sudut PPDa. Guru SKTTA 2 bersama-sama murid bekerjasama menyiapkan sudut yang telah disediakn.

Pengenalan Kepada Program Pencegahan Dadah

Program Pencegahan Dadah ini telah dilangsungkan di sekolah-sekolah. Tujuan ia diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya murid-murid tentang bahayanya dadah. Dengan adanya program seumpama ini diharapkan agar najis dadah akan dapat dibanteras bersama-sama. Ini adalah bagi menyahut seruan kerajaan yang mengharapkan tahun 2015, Malaysia bebas dari najis dadah. SKTTA 2 juga bersama-sama menyahut seruan kerajaan ini dengan mewujudkan Bilik Sumber PPDa.
Semoga usaha dari semua pihak untuk membanteras gejala ini akan dapat mencapai matlamat negara.....

Saturday, August 8, 2009

Sekitar Majlis Perasmian Program oleh Guru Besar SKKT 2

Majlis perasmian Program Pencegahan Dadah telah diadakan pada 27 Julai 2009 oleh Guru Besar SKTTA2, En. Tasuki Bin Simo.
Pada majlis tersebut, murid dan guru mengangkat ikrar bersama-sama.




Tuesday, July 28, 2009

Statistik Penagih Dadah Di Malaysia

Mengikut laporan yang dikumpul dan dikeluarkan oleh Unit Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (NADI) bagi bulan Januari 2009 mendapati:-


1.1 Sepanjang bulan Januari 2009 seramai 844 orang penagih dadah dikesan yang menunjukkan terdapat penurunan sebanyak 50.84% berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu (1,717 orang).


1.2 Mereka terdiri daripada 409 orang (48.46%) penagih baru, menurun sebanyak 48.16% berbanding 789 orang bagi tempoh yang sama tahun lalu. Manakala penagih berulang yang dikesan adalah seramai 435 orang (51.54%), menurun sebanyak 53.13% berbanding tahun lalu (928 orang)